Pengurusan Ayam Pedaging
Ternakan yang diuruskan dengan betul dengan persekitaran yang selesa akan membesar dengan baik dan dengan itu pengeluaran ladang dapat dimaksimumkan. Ia bermula dari peringkat perolehan anak ayam sehinggalah kepada pasaran. Pengeluaran yang maksimum memerlukan integrasi sepadu dari segi kualiti anak ayam yang dibeli , kualiti dan pengurusan makanan / minuman , pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan. Sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakan kerana ianya akan menjejaskan produktiviti ayam dan mengurangkan ketahanan melawan penyakit. Anak ayam yang bermutu akan membesar dengan baik. Makanan dan air minuman yang diberi hendaklah bermutu baik dan mencukupi. Setiap ekor ayam perlu diberikan ruang lantai , ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Ketinggian bekas makanan dan minuman juga diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan sahaja dapat mengelakan stress dan pembaziran, juga mempastikan keseragaman pembesaran ayam.
Pengurusan Sisa-Sisa Ladang
Sisa ladang ayam daging termasuklah sampah-sarap , ayam yang telah mati , tahi ayam. Jika sisa-sisa ini tidak diselenggara dengan baik sisa ini boleh menjadi tempat pembiakan lalat, selain itu juga akan menarik minat pemangsa datang ke ladang dan membawa bersama penyakit. Jika ianya tidak dilupuskan dengan sistematik dan sempurna ianya boleh menyebabkan masalah gangguan bau kepada masyarakat persekitaran dan kejadian penyakit kepada ayam-ayam peliharaan.
Lokasi Ladang
Pemilihan lokasi ladang adalah sangat penting. Ciri-ciri penting dalam pemilihan tapak ladang adalah -
Binaan Reban
Reban yang hendak dibina hendaklah yang dapat menyediakan persekitaran yang memberi keselesaan kepada ayam dan pekerja serta kos yang ekonomik.
Pengurusan Penyakit
Penyakit akan mengurangkan produktiviti ladang. Kos operasi akan meningkat akibat dari penggunaan ubat rawatan , kematian , terjejas pertumbuhan dan kehilangan kualiti selepas diproses. Langkah-langkah kawalan penyakit seperti biosekuriti dan pelalian hendaklah diambil. Penggunaan ubatan untuk rawatan perlu mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.
Vaksin serta Ubatan
Terdapat beberapa buah syarikat yang membekalkan ubatan dan vaksin yang diperlukan oleh industri. Hampir kebanyakan bekalan ini diimport.
Amalan Perladangan Yang Baik dan Optimis
Penerapan amalan perladangan yang baik bermula dari peringkat perancangan menubuhkan ladang, kawalan penyakit dan pengurusan harian ladang akan memberi beberapa faedah antaranya ladang produktif , kos diminimumkan , pengeluaran dimaksimumkan , persekitaran dan hasilan yang bermutu dihasilkan.. Ini akan memberikan keyakinan kepada pengguna , meningkatkan peluang pasaran dan seterusnya menjaminkan sebuah ladang yang berdayamaju.
Teknologi
Beberapa teknologi baru telah diperkenalkan didalam pengeluaran ayam daging. Penggunaan teknologi-teknologi ini membantu menjimatkan penggunaan tenaga pekerja , meningkatkan output ladang dan kecekapan kawalan penyakit.
· Perumahan tertutup dengan ventilasi terkawal akan menyediakan persekitaran yang lebih sejuk dan selesa kepada ayam-ayam yang dipelihara. Kos pelaburan adalah lebih tinggi kerana menyediakan kemudahan untuk penyejukan reban dan kawalan persekitaran serta kos elektrik . Namun begitu ayam memerlukan ruang lantai yang lebih kecil . Maka itu lebih banyak ayam boleh dipelihara. Selain itu perumahan tertutup juga membantu didalam kecekapan pengawalan penyakit terutama penyakit bawaan burung dan haiwan liar. Antara kaedah yang digunakan sekarang adalah seperti 'evaporative cooling system' dan 'tunnel ventilation'. Perumahan seperti ini memerlukan kemahiran untuk mengurus dan menyenggaranya.
· Penggunaan teknologi automasi juga telah diterapkan didalam didalam pemberian makanan , minuman , pemvaksinan dan beberapa operasi lagi.
Peralatan Ladang
Peralatan -peralatan pemeliharaan seperti bekas makanan, minuman dan raga ayam dihasilkan oleh kilang-kilang tempatan. Bagaimanapun teknologi moden peralatan diatas dan beberapa peralatan lain seperti alat pengeraman dan penetasan diimport. Ada beberapa syarikat tempatan yang menjadi pengedar kepada peralatan yang diimport.
PEMASARAN AYAM DAGING
Ayam daging dipasarkan sebagai ayam hidup , ayam sembelih bersih , pelbagai keratan dan produk sedia untuk dimasak atau dimakan. Lebih dari 80 peratus ayam daging dipasar dalam bentuk ayam hidup kepasar-pasar basah. Antara 15 hingga 20 peratus dihantar untuk disembelih diloji-loji penyembelihan yang kemudiannya dijual semula sebagai ayam siang bersih , keratan ayam dan setengah syarikat menggunakannya untuk diproses menjadi produk.
Daripada keseluruhan bekalan daging ayam kira-kira 85 peratus dipasarkan dalam negeri. Daging ayam dipasarkan dalam bentuk daging ayam segar kepasaran basah , melalui rangkaian pasaran sejuk seperti pasaraya atau terus kepada pelanggan seperti hotel dan restoran. Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai pasaran yang luas dan loji penyembelihan , pusat-pusat perkhidmatan diwujudkan. Bekalan dari loji penyembelihan akan dihantar dan disimpan dipusat ini sebelum ianya dibekal kepada peruncit diseluruh negara.
a. Pengangkutan
b. Kenderaan
Post a Comment
0 comments:
Post a Comment